Wednesday 23 March 2016

Rujukan

• http://bicaramentari.blogspot.my/2014/04/hukum-amal-al-adah-uruf-tolak-haram • http://shohifu.blogspot.my/2014/02/adat-kebiasaan-dapat-dijadikan-hukum.html • http://usulfiqh2.blogspot.my/2009/04/tajuk-urf.html • DUA 2012 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Monday 7 March 2016

NAMA AHLI


JABATAN KOMUNIKASI:

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

SESI

DISEMBER 2015

KOD KURSUS

DUA 2012


NAMA KURSUS


SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


TAJUK


ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM

NAMA PENSYARAH

USTAZAH SURAINI BINTI RIPIN

KELAS

DIS 2B

NAMA PELAJAR 1

MEOR MUHAMMAD ARIF BIN MARZUKI

NO. PENDAFTARAN

25DIS15FI064

NAMA PELAJAR 2

ATHIF AUZAIE BIN SAMSURRIJAL

NO. PENDAFTARAN

25DIS15F1078

NAMA PELAJAR 3

MUHAMMAD AMIR DANISH BIN NAZARUDDIN

NO. PENDAFTARAN

25DIS15F1028

ISI KANDUNGAN


BIL.

PERKARA

1

PENGHARGAAN

2


PENDAHULUAN

     3

ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM

3.1

SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN ADAT

3.2

HUKUM BERAMAL DENGAN ADAT
     3.3
ADAT TERBAHAGI KEPADA EMPAT BAHAGIAN UTAMA

4

KESIMPULAN

5

RUJUKAN

1. PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kehadrat Allah, Tuhan seru sekalian alam dengan keizinannya dapat kami selesaikan blog ini yang bertajuk “Adat dijadikan sebagai rujukan hukum" dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.AW kerana berkat usaha Baginda, dapat kita hidup dengan nikmat iman dan Islam yang agung ini.
  Dengan itu, jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu, Ustazah Suraini Binti Ripin dalam subjek DUA 2012 SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM kerana banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami dalam menjayakan proses penghasilan blog ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa serta rakan-rakan sekumpulan yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi untuk terus berusaha mencapai cita-cita dalam menjayakan kerja kursus ini.
  Dengan ini, kami telah bersepakat untuk memilih tajuk ini berikutan menariknya tentang adat yang dapat dijadikan sebagai rujukan hukum dalam kalangan masyarakat. Dengan ini, kami sekumpulan mempersembahkan hasil kerja kami berkaitan tajuk adat ini bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat tentang syariat adat serta contoh-contohnya. Semoga berkat hasil kerja kami ini, dapat dijadikan panduan kepada seluruh umat manusia untuk menguatkan lagi keimanannya ke atas Islam.
  Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan serta pensyarah-pensyarah yang banyak membimbing kami sepanjang pengajian di Politeknik Mersing atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan mana yang buruk itu datangnya dari kesilapan kami sendiri. Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan teguran yang membina amat kami alu-alukan. Semoga Allah sentiasa meredhai usaha kita semua hendaknya, Amin.




2. PENDAHULUAN

Dalam bahasa arab terdapat dua istilah berkenaan dengan kebiasaan iaitu adat dan uruf. Adat membawa erti perbuatan atau amalan yang diulang-ulang yang menjadi budaya dan kebiasaan yang dapat diterima dalam kalangan masyarakat. Manakala uruf pula bermaksud sesuatu perkara yang telah diketahui oleh individu atau masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan dan menjadi kebiasaan mereka mematuhinya sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.  Uruf juga berkaitan perkara-perkara yang mereka tidak lakukan kerana kefahamannya mengenainya. Biarpun definisi adat dan uruf nampak berbeza, namun kebanyakan ulama meletakkan ia sebagai satu perkara sama.

Para ulama sepakat menjadikan adat sebagai salah satu asas menentukan hukum. Penerimaan kaedah ini antara lain berdalil dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Terimalah yang mudah dilakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik." (Surah al-Araf, ayat 199). Ayat itu dapat difahami yang mana perkara baik yang sudah diterima dan diamalkan dalam sesuatu masyarakat hendaklah diteruskan, sesuai dengan matlamat Islam yang berlandaskan kepada kebaikan. Islam itu mudah dan memberikan kemudahan kepada setiap umatnya.   

Turut dijadikan hujah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apa-apa yang didapati dan yang dilihat oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu yang baik, maka ia juga baik di sisi Allah.". Walaupun begitu, mengikut tafsir hadis tersebut, ulama menjelaskan bukan mutlak kepada semua adat. Sesuatu adat berdasarkan kepada hawa nafsu semata-mata haruslah ditolak.  Banyak adat berasaskan kepada hawa nafsu yang boleh kita lihat seperti perempuan mendedahkan aurat tidak boleh diterima sebagai adat yang boleh dijadikan asas mengharuskan perbuatan itu.  Mendedahkan aurat adalah satu perkara yang sangat ditegah. 

Walaupun adat diterima sebagai rujukan hukum, ia tidak berasingan dengan sumber hukum asal yakni hukum yang bersumberkan daripada Allah SWT. Penerimaan adat sebagai sumber hukum dianggap satu rahmat daripada Allah SWT, yang menjadikan adat itu selari dengan hukum asal. Dengan kata lain, penerimaan adat itu sendiri bersandarkan kepada kaedah hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.


3.1 SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN ADAT

Dalam mejadikan adat sebagai rujukan hukum, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi yang tidak melanggar apa-apa hukum syarak. Dengan itu, adat dapat diselarikan dengan zaman yang semakin maju berkembang ini dalam kalangan masyarakat sekaligus tidak melanggar mana-mana hukum syarak.

Syarat yang pertama adalah adat itu mestilah tidak berlawan dengan nas dan syarak. Contohnya seperti adat membuat urusniaga diatas talian. Adat ini telah berkembang selari dengan kewujudan internet yang semakin berkembang di zaman ini.  Pembeli dan penjual tidak bersua muka ketika melakukan urusniaga. Tidak dinafikan kaedah ini asal bertentangan nas syarak, yakni tidak boleh berurus niaga dengan benda yang tidak ada dihadapan mata tetapi ulama telah menerimanya atas kaedah maslahat dan telah dijadikan amalan biasa dalam masyarakat, oleh itu ia tidak berlawanan dengan semua aspek hukum. Namun begitu, sesuatu perniagaan yang bertentangan dengan hukum dan syarak seperti perniagaan yang berlandaskan riba adalah haram sama sekali seperti yang telah Allah firman didalam Al-quran.


Yang kedua pula adalah adat yang diterima harus itu hendaklah diamalkan oleh individu dalam masyarakat secara menyeluruh dan meluas. Bahkan, jika ada yang tidak mengamalkannya, jumlahnya amat sedikit. Contoh amalan ini ialah adat menunaikan solat Tarawih yang diadakan secara berjemaah. Sedangkan pada hakikatnya, solat Tarawih tidak semestinya diadakan secara berjamaah. Bahkan sebenarnya, elok ditunaikan di rumah secara berseorangan atau bersama ahli keluarga. Di Malaysia ini, apabila disebut saja solat Tarawih mesti dilakukan secara beramai-ramai di surau ataupun masjid dan yang tidak melakukannya dianggap tidak membuat Tarawih bahkan dia membuatnya di rumah. Begitulah gambaran besarnya pengaruh adat dalam masyarakat.

3.2 HUKUM BERAMAL DENGAN ADAT

Umum diketahui, masyarakat Melayu dulu beragama Hindu dan mengamalkan adat tertentu. Dalam situasi ini, mana-mana adat diamalkan sesuai dan selari dengan matlamat dan prinsip Islam, ia diteruskan sebagai satu adat yang diterima.  Sebagai contohnya, adat bersanding dan menepung tawar pengantin. 

Manakala, mana-mana adat yang bercanggah dengan syariat ditolak seperti adat mempercayai tenung nasib yang ditegah syarak.  Firman Allah SWT surah al-Maidah ayat 90 bermaksud: “Wahai orang beriman!  Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram), dan ia dari perbuatan syaitan.”
Manakala ada adat dipinda atau perbaiki agar selari dengan matlamatnya. Contohnya, kebiasannya pengantin perempuan mendedahkan aurat ketika bersanding.  Namun, kini atas kesedaran agama, kebanyakan pengantin wanita bersanding dalam keadaan menutup aurat.

Mana-mana adat yang sahih wajib diberi perhatian dalam perundangan dan kehakiman dalam proses menentukan hukum.  Hakim juga perlu mengambil kira adat dalam menentukan keputusan penghakiman.  Ini kerana sesuatu adat telah menjadi sebahagian keperluan dan kepentingan masyarakat.

Adat berdoa diketuai imam diamalkan masyarakat Melayu ada keperluannya. Biasanya jika doa tidak diketuai imam, maka tidaklah banyak orang melakukannya. Jadi, untuk membiasakan amalan berdoa, maka adatnya ia diketuai oleh seeorang.

Manakala adat batal mesti ditolak. Contohnya adat mandi tolak bala pada bulan Safar. Amalan itu tidak termasuk bab darurat atau maslahat untuk terus mengharuskannya.  Masyarakat tidak pincang jika adat itu tidak diteruskan. Ataupun adat menangguhkan pengembumian jenazah kerana perlu diadakan bedah siasat dikira sebahagian daripada darurat yang mengharuskan perkara dilarang.